Tuesday, November 9, 2010

Pakej Ammy 60 Days


Merupakan produk lengkap bagi ibu-ibu selepas bersalin semasa tempoh berpantang. Kini didatangkan dengan pakej terbaru yang disediakan bersama kotak Ammy 60 Days yang cantik dan menarik.


Mempunyai 11 produk penjagaan yang menyeluruh bagi ibu bersalin dari hujung rambut kehujung kaki bagi menjamin kesihatan dalaman dan luaran. la terdiri daripada 2 bahagian penjagaan iaitu dalaman dan luaran (turut disertakan risalah penerangan terperinci).

Untuk penjagaan dalaman, ia terdiri daripada 6 botol kapsul iaitu kapsul Ammy 60 Days dari hari pertama hingga hari ke 60 dan 5 produk kegunaan luaran iaitu Ammy Heat, Ammy Massage, Tummy Tone, Body Tone dan Oil of Telon (minyak bayi). Amalkan Ammy 60 Days Sendayu Tinggi dari hari ke 60 selepas bersalin untuk membantu mengambalikan kecantikan tubuh badan seperti sebelum bersalin. bagi mendapatkan bentuk badan asal seperti sebelum bersalin gunakan Ammy Corset, bengkung Sendayu Tinggi.

Cara Pengambilan::

Panduan Dalam Pantang
Untuk permulaan, makan 2 biji kapsul 3 kali sehari (pada waktu pagi, tengahari dan petang mengikut botol yang telah ditetapkan. (Kepada ibu-ibu yang menyusukan anak, sekiranya bayi mengalami cirit-birit dan ruam, sila kurangkan dos pengambilan kepada 2 biji kapsul untuk 2 kali sehari). Sekiranya selepas 60 hari ada kapsul yang berbaki, ulangi pengambilan kapsul pada hari ke-61 bermula daripada botol yang pertama dan seterusnya.

Ketika diurut oleh bidan, hendaklah menggumakan Ammy Massage yang dicampur dengan Ammy Heat. Selepas diurut, badan tidak perlu dibasuh kerana ia akan meresap ke dalam badan, memanaskan badan dan menghaluskan kulit seara perlahan-lahan.

Campurkan Body Tone dengan sedikit air kemudian sapukan keseluruh badan. Ia mampu menyegar, memanas dan mancantikkan kulit serta mengelakkan badan dari dimasuki angin.

Campurkan Tummy Tone dengan sedikit air, cuka atau perahan limau nipis, kemudian sapukan pada perut. Biarkan sehingga kering kemudian barulah memakai bengkung. Ia bertujuan untuk mengatasi masalah perut mengelambir, buncit dan rekahan terutama pada bahagian perut dan paha ketika mengandung. Manakala wanita yang bersalin melalui pembedahan, jarak sapuan pada perut sebanyak dua hingga tiga inci.

* Selepas memakai bengkung, sapu Ammy Heat dari buku lali ke bawah (hingga hujung kaki) sebelum memakai stoking bagi melanarkan peredaran darah keseluruh badan.

* Bagi wanita yang bersalin secara normal digalakkan bertungku, berbengkung, mandi wap herba dan sebaik-baiknya mengamalkan mandi herba selama seminggu selepas bersalin. Manakala wanita yang bersalin secara pembedahan elakkan dari pada bertungku dan berbengkung.

No comments:

Post a Comment