Claypot
atau periuk tanah liat sangat bagus untuk menyimpan makanan, khususnya untuk
sayur-sayuran dan buah-buahan. Kesegaran makanan juga terjaga beberapa hari
lebih lama. Makanan yang disimpan di dalam periuk ini perlu ditutup dengan kain
lembap. Pastikan kain tetap dalam keadaan lembap dan jauhkan periuk dari sinar
matahari.
Kebaikan
periuk tanah liat:
* Parasit
tidak dapat membiak di dalam periuk dengan adanya unsur tanah liat
* Tempat
percampuran makanan yg selamat
* Senang
digunakan
* Air yang
disimpan di dalamnya akan menyejuk secara semulajadi dan enak untuk diminum
* Kandungan
mineral yang unik di dalam tanah liat menyebabkan air yang disimpan di dalamnya
dapat melegakan kepanasan badan, melegakan batuk dan demam
:::Cadangan
penggunaan:::
Sebelum
menggunakan claypot, masukkan air ke dalamnya, biarkan semalaman dan buang air
tersebut pada hari berikutnya. Ini diulang sebanyak 3 atau 4 kali. Elakkan dari
membasuh claypot menggunakan sabun, kerana sabun akan meresap ke dalamnya. Ini
akan memberi kesan kepada rasa makanan yang disimpan di dalam claypot.
No comments:
Post a Comment